Halaman

Selasa, 7 Disember 2010

Penduduk dan Pekerjaan

Penduduk kampung ini meliputi bangsa Melayu, Cina dan India.Terdapat 365 orang keluarga Melayu, 69 keluarga Cina dan sebuah keluarga India.
Jumlah penduduk kampung ini seramai 2,761 orang.Orang Melayu seramai 2,190.Cina 571 orang dan India seorang.
Suku bangsa Melayu terdiri daripada suku Banjar dan Melayu Kampung.Mereka kebanyakkannya menggunakan bahasa Melayu Pulau Pinang atau bahasa Banjar.Ramai kalangan anak-anak kampung ini berhijrah kebandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Pekerjaan Penduduk


Kebanyakan penduduk di kampung ini terlibat dengan pertanian.Iaitu bersawah.Seramai 605 orang terlibat dengan pekerjaan ini.70 orang merupakan kakitangan kerajaan.80 orang bekerja sendiri, berniaga atau kilang. Tetapi jumlah ini akan bertambah mengikut pertambahan penduduk di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan